APA ITU KAUNSELING?
- We.believe
- Jan 4, 2020
- 1 min read
Kaunseling bukanlah nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling adalah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah salah satu cabang daripada psikologi. Perkhidmatan kaunseling dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara kaunselor dan klien adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Malah kaunselor tidak akan memberi jawapan secara langsung kepada klien dan klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada kaunselor.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberi layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.
DEFINISI KAUNSELING, BIMBINGAN DAN PSIKOTERAPI
_Kaunseling_
Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
_Bimbingan_
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. '
_Psikoterapi_
Psikoterapi berfokus kepada masalah yang lebih serius iaitu yang berhubung dengan intrapsychic, internal, isu-isu internal dan konflik. Psikoterapi adalah proses yang melibatkan psikoterapis atau terapis dan klien yang berfokus kepada pendidikan semula seseorang. Tujuan asas psikoterapi ialah membolehkan klien mendapat persepsi yang jelas, mencapai celik akal dalam kehidupan seharian dan menangani perasaan yang kuat yang berpunca daripada peristiwa lampau dalam hidup klien
Comentarios