top of page

Apa itu Kebimbangan?

Apakah itu kebimbangan?


Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan ini kadang-kadang membuat kita lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.


Apakah penyebab kebimbangan?


Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.

Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.


Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:

v Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa

v Peribadi diri yang:

v Pemalu

v Selalu mengasingkan diri

v Mudah risau

v Pernah mengalami trauma


Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?


Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:

v Mudah terperanjat

v Tidak dapat bertenang

v Susah untuk memberi tumpuan

v Sentiasa mempunyai perasaan resah gelisah

v Susah untuk dapat tidur yang nyenyak

v Mudah letih dan kurang tenaga

v Sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan

 
 
 

Commentaires


bottom of page