top of page

Apa Itu Kemurungan?

Apa itu kemurungan ?


Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan

seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan

tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan

sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi

oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan

boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.


Penyebab/ Punca Kemurungan


• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan

kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)

• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah

menghidapinya

• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga

sosial

• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh

mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan

beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan

• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan

fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan

• Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang

boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi

kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.

• Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod

kemurungan sekiranya tidak dikawal.

• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah

penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit

serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.

• Kehilangan orang yang disayangi, dan

• Baru melahirkan anak


Tanda-tanda dan gejala kemurungan


• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan

• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti

lain yang biasanya mendatangkan keseronokan

• Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga

• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa

• Perasaan bersalah

• Rasa diri tidak berguna

• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur

• Hilang selera makan dan penurunan berat badan

• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan

bunuh diri

• Rasa tidak tenteram dan mudah marah

• Kurang daya tumpuan dan ingatan

• Sukar membuat keputusan

• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan

gangguan penghadaman

• Kurang nafsu seksual

• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah

• Mudah cemas atau fobia



Siapa yang berisiko


• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas

• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan

• Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi,

Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau

kesakitan berpanjangan)

• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba

• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba

• Perceraian

• Masalah rumahtangga

• Masalah keluarga

• Penyalahgunaan dadah dan arak

• Pengambilan ubat-ubatan ter tentu

• Mangsa penderaan

• Tekanan di tempat kerja

• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak

• Kecenderungan mudah risau atau bimbang

• Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)

• Krisis ekonomi


Kesan sampingan


• Mulut kering : minum air yang banyak,

kunyah gula-gula getah yang kurang gula,

bersihkan gigi setiap hari

• Sembelit : makan bijirin, buah prune,

buah-buahan dan sayur-sayuran

• Masalah pundi kencing

• Masalah seksual

• Penglihatan yang kabur

• Pening


 
 
 

Commentaires


bottom of page