top of page

Langkah Pencegahan dan Rawatan Kemurungan

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat

disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif


• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’

• Terapi elektrokonvulsif (ECT)

• Psikoterapi

• Kaunseling


Pencegahan

• Ketahui penyakit anda

• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan

• Bertenang dan sentiasa bersikap positif

• Amalkan gaya hidup sihat

• Menyertai aktiviti yang akan menggembirakan

Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti

keagamaan atau sosial



Apa yang perlu dibuat jika anda

mengalami kemurungan


• Berjumpa dengan doktor di Hospital/

Klinik Kesihatan yang terdekat

• Berjumpa dengan kaunselor

• Rehatkan diri dari perkara rutin

• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko

• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil

dan beri keutamaan

• Dekatkan diri kepada tuhan



Salah faham tentang kemurungan

• Ianya tidak boleh dirawat

• Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya

• Ianya sesuatu yang memalukan

• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah



CARA MENANGANI


1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.


2. Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental anda.


3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang ‘positive thinker’ adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan dan kebosanan dalam hidup anda. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan anda rasa gembira untuk hidup hari ini.


4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negatif kepada badan dan cara pemikiran kita.

 
 
 

Comments


bottom of page