top of page

MATLAMAT KAUNSELING

Kaunseling terdapat dua jenis iaitu kaunseling individu atau kaunseling kelompok. Jika seorang individu itu menginginkan isu yang akan dikongsi itu pada seorang sahaja, maka dia boleh menghadiri kaunseling individu.


Manakala, jika seseorang individu itu menginginkan support system, atau ingin menerima pendapat orang lain dan berkongsi dengan orang lain, maka, individu tersebut boleh menghadiri kaunseling kelompok.


PERBEZAAN KAUNSELING, BIMBINGAN DAN PSIKOTERAPI


Bimbingan membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya,manakala kaunseling membantu individu membuat perubahan.


Kaunseling berfokus untuk memupuk kemahiran daya tindak ( coping skills ) untuk memudahkan perkembangan dan mencegah masalah klien manakala psikoterapi bermatlamat untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang muncul akibat kebimbangan dan depresi.


Masalah yang dihadapi klien dalam sesi kaunseling melibatkan masalah dalam perhubungan dan kerjaya namun, psikoterapi pula berkaitan bantuan terapi kepada klien yang mempunyai masalah yang lebih kompleks yang memerlukan prosedur diagnosis.


Matlamat dalam proses kaunseling lebih kepada jangka pendek yang dijalankan di sekolah, pusat agama, dan klinik kesihatan mental yang menggunakan pendekatan kaunseling.Psikoterapi pula bermatlamat jangka panjang yang dijalankan di Pusat Kesihatan Mental atau Hospital dan menggunakan pendekatan psikoteraputik iaitu melibatkan proses proses dan tidak sedar.


MATLAMAT DALAM KAUNSELING


Kaunseling bermatlamat untuk:


📌 Mengajar klien bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Melalui proses kaunseling, klien diajar untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Jika masalah yang timbul, klien yang bertanggungjawab dan tidak akan menyalahkan sesiapa.

📌 Membaiki imej diri yang negatif. Kaunselor akan membantu klien untuk membentuk imej yang positif. Imej yang negatif merupakan halangan dalam diri klien dan klien akan belajar memupuk ciri-ciri yang baik

📌Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman. Kaunseling akan menyedarkan manusia bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri.

📌 Membantu klien menjadi lebih proaktif

📌 Membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini statik

📌 Klien perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

.

Menurut Carl Rogers, individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri, cenderung ke arah kesempurnaan kendiri dan manusia itu baik serta boleh dipercayai.


Anda boleh book session secara free dengan kami dengan pergi ke bahagian book di homepage kami..



 
 
 

Comentarios


bottom of page